Friday, April 27, 2012

APRIL ooo APRIL (part2)

Segala Puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam.

KurniaanMu adalah amanah. Itulah anak. Qurratu 'Ain ~ penyejuk mata. Apabila mata melihat anak sejuk rasanya.. Itulah hasil nikmat sekiranya ia bersandarkan dengan Sang Pencipta. Hablumminallah dan habluminannas. Jalinkan Hubungan Allah dahulu barulah beres hubungan dengan manusia. Alhamdulillah atas nikmat pemberianmu Ya Allah.

Apabila dapat tahu kawanku yang kehilangan anak.. Aku tak dapat membayangkan sekiranya itu berlaku kepada diriku sendiri. Kawanku ini masih lagi mencari kekuatan meneruskan hidup setelah hampir 6 minggu anaknya di jemput kembali ke rahmatullah. Itulah anak pinjaman Allah. Kehendak Allah jika mengambil kembali kita harus redha dengan kehendakNya. Tidak mampu kita lawan sekuat manapun takdir Allah. Untuk Melaksanakan rukun Iman ke6 wajib percaya qada' dan qadar akan berasa susah jika ia berlawan dengan kehendak sendiri. Maka pohonlah kepada Allah kekuatan dan ketabahan dariNya. InsyaAllah Allah makbulkannya.

25hb & 26hb April sudah berlalu.. Sambutan makan makan pun sudah pun selesai.. Cuma pada hari tu pemberian hadiah hari lahir kepada anak-anak. Bukan setakat hadiah je tapi kad pun ada. Tahun ni aku gunakan bahasa persuratan macam bonda ayahanda anakanda.. Puas juga memikirkan bahasa persuratan ni.. Heheh yang aku ingat Bonda ayahanda je la.. Harap satu hari nanti anak-anak ni didedahkan lah dengan bahasa melayu persuratan
dengan meluas. Isi yang ditulis dari hati seorang ibu kepada anaknya. Terasa payah membina ayat sebab Lama juga tak mengarang secara formal ni. Apapun harap mesej yang ditulis meresap ke hati anak-anak biar diingat dan sering dibaca sekiranya lupa.

Abah pulak ada juga menulis dan melukis lagi tambah keceriaan kad tu. Haa.. Tengok lah bakat melukis Abah.. sama bakat melukis dengan Irfan.

Kad ni untuk FAIQ ZIKRY, 7tahun


Kad ni untuk MUHAMMAD IRFAN, 10tahun




Inilah dia orang dapat..tengok Along dan Angah happy sungguh..

posted from Bloggeroid

2 comments: