Sunday, November 18, 2012

Abu Dhabi .. Ya Habibi..! (2)

SABTU 19 OKTOBER 2012 - JUMAAT 25 OKTOBER 2012

Memandangkan kami anak beranak lama di Abu Dhabi, aku akan tulis blog ni ikut tempat yang aku sempat pergi dan sempat snap gambo di Abu Dhabi.

Tempat yang aku selalu pergi ialah Marina Mall . Aku agak selesa dengan mall ni walaupun jauh sikit dari hotel. Shuttle disediakan oleh pihak hotel. Tapi aku selesa ambil teksi dari naik shuttle. Why?? Nanti aku cerita kat bawah ni..

Aku pergi dengan anak-anak untuk kali kedua. Mr.r aku yang suruh aku keluar jalan-jalan dengan anak-anak. Dia takut aku boring dok dalam bilik. Apalagi kan..kepala ni dah terbayang kedai mana nak pergi. Aku ambil teksi dari hotel rasanya aku kena 80 dirham one way..banyak jugak tu..takpe boleh claimm.. Kalo tak naik teksi kenalah naik shuttle hotel FOC tapi kena beritahu in advance.
Inilah rupanya interior shuttle. Cantikkan..TAPI...., Al-kisah ada kisah disebalik shuttle ni. Petang yang kami sampai di Abu Dhabi tu..lepas check in.., simpan beg dan freshen up sikit terus kejar shuttle. 2 org kawan mr.r pun join sekali gi mall naik shuttle. Semuanya excited lebih lebih lagi budak2 ni. Aku duduk dengan ziyad. Seat aku tengah-tengah dlm bas tu. Irfan dan Zikry duduk betul-betul belakang driver. Budak 2 orang ni..bergurau senda..ketawa bising tak gheti duduk diam. Sekali mr.r sound Irfan suruh duduk belakang..just to split them. Masa tu bas dah jalan. So Irfan duduk seat depan aku. Tinggal si Zikry sorang yang masih gelak2 tak sedar diri yang abahnya tgh control nak marah. Zikry pun nak bangun ikut Irfan. Sekali dengar suara drebar tu sound. "Sit Down! I dont like this.." suaranya marah.. Hhhaaaa....amiiikk sebijik! Terdiam terus budak 2 orang tu. Aku dah tak terkata apa la..tu yang prefer naik teksi. Bukan takut drebar..tapi takut budak2 ni tak gheti dok diam lagi. Nasib baik la masa tu Ahmad Ziyad kehabisan bateri. Dia tengah minum susu. Itulah jalan bawak anak-anak..meriah.Ok habis bab kena marah drebar bas..

Sampai ler kami di Marina Mall. Sempat posing kat dataran ni..

kat dataran ni ada banyak tangga.. yang menuju masuk ke pintu mall. Masa balik time tunggu bas kerusi-kerusi kat tepi luar penuh. mr.r aku dok ler kat anak tangga.. Cannot sit on the tangga ye..security tu halau..Jaga betul imej dia orang ni.. Bagus gak dia orang jaga..tak de ler orang melepak kat tanggakan..

Misi yang pertama yang kita orang buat ialah cari kasut Ahmad Ziyad
Kasut asadi ziyad beli kat giant muar menjadi favourite dia hilang sebelah kat dubai pulak. Dah kena cari kasut kat Abu Dhabi. Jumpa la sepasang kasut yang ringan untuk dia pakai..kasut reebok.

Lepas tu kami dinner kat sini
Maaf ler gambo makanan tak snap pulak..sbb kelaparan


Kali kedua aku pergi mall ni..aku bawa budak budak ni main ice ring.


tengok ler nama kedai- kedai yang ada dalam Mall.

Irfan jatuh waktu pertama kali mencuba main ni.



Salah satu sebab aku suka mall ni ialah ada carrefour. Dah tentu aku beli roti, cheese etc.


posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Kita org asia... beranilah drebar tu. Cuba kalau omputih ke... arab ke... mana berani dia nak sergah2. Sabor ajelah...

    ReplyDelete