Tertunai lah Janji yang sekian lama.. Berjanji nak lah ditepati..tapi part yang 'sekian lama tu' janganlah dicontohi..buangkan jauh-jauh. Aku minta maaf pada kawan-kawan yang menanti lama resepi lauk beriyani. Mudah-mudahan bila masak tu samalah rasanya macam yang aku masak ketika di Kuala Belait, Brunei Darussalam.
Sebelum tulis resepi aku nak lah bagi "kredit" kepada mama aku yang ada di Muar, Johor dan jugak kepada adik perempuan aku yang menaipkan resepi untuk aku bawa ketika penghijrahan pertama aku ke Oman dulu. Dan yang utama tuan empunya resepi ni yang tak pernah aku kenal dan jumpa. HANYA dengar kehebatan kesedapan masakan Nasi Beriyani Johor yang dimasak oleh beliau daripada cerita-cerita mama aku. Beliau mempunyai restoran nasi beriyani Johor di Sungai Buloh, Selangor. Tuan punya resepi ni pun dah meninggal dunia. Semoga pahala jariyah ilmu yang bermanfaat dipanjang-panjangkan kepada anda semua tidak putus-putus sampai kepada Almarhum/Almarhumah. (Ana lupa ar-rijal au al-mar ah). Al-Fatihah untuknya.
Ok.. Ini dia resepinya.
1kg daging potong 6-8 ketul
2 sudu besar madu
1peket rempah beriyani Sernan
4 lada hijau, 4 lada merah, 10 bwg merah, 5 bwg putih, 1cm halia,
Daun pudina, daun sadri, daun bawang dan daun ketumbar ~ 3 tangkai setiap jenis
(pandai korang la.. Nak amik tangkai macamana.. Aku pun belasah)
*Semuanya dikisar. Ikut suka korang nak sekaligus blend atau satu persatu. Aku diajar satu persatu. Tapi cara memasak aku nak cepat dan efisien(jimat tenaga elektrik dan air..hahaha) aku blend daun sama daun.. Bawang sama lada halia..ikut group gambar diataslah.
Gambar diatas ni daun pudina yang dah dibuang tangkainya, madu dan telur yang sudah siap rebus dan goreng. Hmm nampak dah tinggal berapa??.. tak sempat masak beriyani dah kena 'ngap'
Ok..bab merebus
Telur ayam dan kentang(Basuh bersih kentang dan rebus dengan kulitnya)
~ikut suka masing-masing. Kalau aku 10 biji setiap satu~
Habis rebus, goreng pulak telur ayam dan kentang.
Ok bab menggoreng....
Minyak masak 3cawan
5biji bwg besar dihiris dan digoreng
5ulas bwg putih dihiris dan digoreng
Gajus digoreng
Kismis digoreng
3-4 biji tomato
1/2 botol sos tomato
Lihat gambar dibawah apa yang perlu dibuat dgn tomato ni
Cara-caranya:
1. Masukkan daging, madu, minyak masak 2cawan ( 1cawan lg buat tumis nasi), bahan-bahan kisar(ingat bahan yang dikisar banyak tu...), 2-3 sudu rempah beriani dan garam. Lebur je... Pastikan air mencukupi sbb nak masak daging dgn bahan-bahan tadi sehingga empuk. Tambah air sekiranya kering dan masak lagi sehingga empuk.
2. Dah empuk, bolehlah masukkan tomato yg dipotong nipis tadi.
3. Sos tomato dan bawang goreng diramas dengan baki rempah beriyani. ( Ini dipanggil ibu beriyani)
4. Rasa sedap ke tidak.. Kalau tak sedap pandai pandai la ye meng alter kannya.. Tambah madu ke... Tambah sos tomato ke... Atau garam. InsyaAllah kalau ikut cara yang aku bagi ni nyaaamann.
5.Last kentang dan telur.
6. Hiaskan dgn kcg peas ke..bwg goreng ke..badam, kismis dan gajus yang dah di goreng tadi.
Bab masak nasik, masak macam nasik minyak. Cuma rempah tumis bunga lawang pelaga cengkih 2 biji setiap satu dan kayu manis 1btg dikisar kering sampai halus. Kalau ada saffron gunakan untuk menggantikan pewarna kuning. Air mawar jgn lupa. Di renjis sikit setelah nasi masak. Kaut dan Letak minyak lauk beriani dalam nasi yg dah masak tadi gaul ratakan. Kalo nak tanam telur ke kentang ke daging ke dalam nasi pun boleh.
Wallahu 'alam bissawab.

posted from Bloggeroid
resepi dah ada ... mana pulak nak cari rempah ... belasah saja la rempah briani apa pun kan?
ReplyDeleteBelasah je mala. kalo kak hawa pakai rempah pakistan dgn uk ke apa ntah dlm botol beli kat supasave. Tapi pakistan punya ada pedas sikit
DeleteHaa mmg tau ko ni... Mmg bertahun baru nak bagi! Ingat mmg takkan dpt ler resepinya forever. Dua-tiga kali tanya...buat deeerk aje...hehehe...
ReplyDeleteNanti balik BP kang baru aku masak. Rempah Beriyani Sernan takde sekarang ni. Aku nak dptkan jugak rasa yg sama yg mcm ko masak...
Alhamdulillah Ya Allah kerana membukak hati kwn aku ni utk bagi resepi... Siap dgn gambor lagi..
K Huda, ....peace!! hehehe
DeleteMasak biar yang nyaman tuk
P/s Rasa beriyani guna rempah pakistan lain dgn yg guna rempah sernan...
ReplyDelete