Friday, May 25, 2012

Chocolate Chip Cookies special untuk Kak Huda


Resepi cookies ni mudah dan senang.. Cuma rajin dengan tak rajin je. Bahan-bahan selalunya memang sentiasa ada dalam stok di rumah.

Bahan-bahan:
1/2 cup salted butter
1/4 cup brown sugar
1cup flour
3/4 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon vanilla essence
1cup choc chip

Cara-caranya:
1. Panaskan oven 160°C
2. Ayak tepung sama baking soda
3. Pukul butter dan brown sugar dan vanilla essence sampai berkrim
4. Masukkan bahan yang telah diayak. Masukkan choc chip.

5. Sudukan adunan tadi dengan menggunakan separuh sudu kecil dan letakkan dengan jarak 1.5-2 inch dalam baking sheet.
6. Bakar 20 minit (tapi saya tambah 10 minit lagi sebab saya suka garing krak kruk bila makan & bergantung pada oven masing2)
7. Sejukkan atas wire rack.

PERINGATAN: Resepi ini tidak sesuai untuk rakyat jelata yang ramai sebab hasilnya TIDAK MUAI.

 INILAH hasilnya. Saya ada 2 cookie monster dalam rumah dengan hanya SEKALI hadap je gerenti licin.
posted from Bloggeroid



Friday, May 18, 2012

Coklat Oat Cookies



Alhamdulillah setelah menyedari kesilapan membeli oat yang kena masak instead of beli instant so I decided untuk membuat cookies.

Zikry, my first fan bila mamanya buat cookies. Cari punya cari resepi yang ada campur dengan coklat dan oat dalam majalah, my buku resepi dan website, maka jumpalah resepi ni kat myresepi. Semoga Allah merahmati penyumbang resepi ini dalam myresepi.

http://www.myresipi.com/top/detail/6305

Bahan-bahannya


Inilah rupa doh setelah semua bahan diadun.


Mmmm... Nyaman!

posted from Bloggeroid

Thursday, May 17, 2012

All rounder surirumahtangga~ part 2

So many things to talk about sampaikan tak tahu nak mula dari mana. Everyday has different story and different task to be completed.

Start with _Morning Story_..

Pagi after doing ritual things, mula la masuk gelanggang Dapor. Prepare heavy breakfast sebab bekalkan anak-anak. The kids will have their break at 10AM and lunch at 12noon at school. Hmm kalau tak bawak bekal or they dont have food at school... alamatnya dapat telefon dari school office which is for me the very very embarassing one!! Mana taknya .. nanti apa kata omputih cikgu besar dia.. Mak jenis apa ni tak bekalkan anak. Actually ada kantin kat sekolah. Bila keadaan emergency sahaja aku bagi dia orang beli makanan kantin. Ini ghupenye...


Dari sebelah kiri tu la kantinnya. Sangat besar dan makanan dari company empire club tu.. Tapi harga tak mahal mcm kat hotel.. standard one set meal BND 4 untuk 1 main meal termasuk air kotak dan sebiji epal. (jangan ler kali 2.. kalo nk kali 2 balik Malaysia je lah.. lebih kurang RM10.. APA?? Hehehe) Menu ada asian or western.



Lepas siap-siap bekalan..kerja seterusnya jadi drebar. Inilah jalan yg selalu aku lalu untuk hantar dan amik lebih kurang 12km jauh perjalanan sehala tapi hanya 10-15minit dah sampai :)


Ini simpang yang selalu aku keluar ke lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah


Ada sesak sikit. Ini aku amik waktu petang orang kerajaan balik kerja pukul 4 lebih dan anak-anak habis sekolah ugama pukul 4.30pm.


Ini persimpangan lebuhraya dengan Tungku Link.


Brunei memartabatkan tulisan Jawi .

Ada hari aku bawak Ziyad.. Kalau bawak Ziyad maknanya aku akan singgah ke taman lepas hantar budak-budak ke sekolah.


Hari yang aku tak bawak Ziyad maknanya aku akan ke pasar beli ayam atau daging fresh dan pasar borong Setenaga kat Sengkurong. Sekarang ni kena gi pasar borong.. Beli la bawang besar sekampit kentang sekotak.. Tak main sekilo dua lagi dah..semua barang barang dah naik.. Yang mana boleh jimat aku jimat la..


Ini tempat aku beli daging dan ayam fresh. Selalu beli Ayam 2 ekor dan daging 2 kilo. Kalo ayam 2 ekor BND 8-10. Kalau daging BND 12/kilo. Mahal? Tak la..cuba bahagikan berapa hari punya makan 14hari tu..


Ni.. Pasar borong. Maaf la ye..gambar hujan pulak. Pasar ni ramai pulak orang Indonesia berniaga.. India muslim pun ada..Malaysia mungkin ada jugak tapi susah nak detect sbb Malaysia Sarawak/Sabah cakapnya lebih kurang sama orang Brunei. Lain ler Malaysia Semenanjung..senang sangat detect.
Aku tak pernah ke pasar borong di Malaysia.. Tapi kalau tengok berita tu jadi isu jugak lah.."orang luar" datang berniaga. Tak mau komen apa-apa.. Yang penting saya punya dokumen perjalanan yang sah ye ;-)


Ni kedai kat pasar borong. Aku beli bawang-bawang kentang sayur kat sini. Dan tak lupa Tafufa sini sedap tu. Aku beli 6 bekas sekali.. makan sorang satu bekas tafufa ada 4 orang... yang extra tu untuk Irfan makan waktu balik sekolah

Selalu waktu pagi.. kalo tak ke taman aku ke pasar kalo tak ke pasar aku berkebun di rumah atau buat apa-apa yang patut seperti menghumban hehehe

Ok.. Ini baru waktu pagi.. Waktu lain InsyaAllah ada sambungannya

posted from Bloggeroid

Thursday, May 10, 2012

Resepi lauk B.E.R.I.Y.A.N.I

Tertunai lah Janji yang sekian lama.. Berjanji nak lah ditepati..tapi part yang 'sekian lama tu' janganlah dicontohi..buangkan jauh-jauh. Aku minta maaf pada kawan-kawan yang menanti lama resepi lauk beriyani. Mudah-mudahan bila masak tu samalah rasanya macam yang aku masak ketika di Kuala Belait, Brunei Darussalam.

Sebelum tulis resepi aku nak lah bagi "kredit" kepada mama aku yang ada di Muar, Johor dan jugak kepada adik perempuan aku yang menaipkan resepi untuk aku bawa ketika penghijrahan pertama aku ke Oman dulu. Dan yang utama tuan empunya resepi ni yang tak pernah aku kenal dan jumpa. HANYA dengar kehebatan kesedapan masakan Nasi Beriyani Johor yang dimasak oleh beliau daripada cerita-cerita mama aku. Beliau mempunyai restoran nasi beriyani Johor di Sungai Buloh, Selangor. Tuan punya resepi ni pun dah meninggal dunia. Semoga pahala jariyah ilmu yang bermanfaat dipanjang-panjangkan kepada anda semua tidak putus-putus sampai kepada Almarhum/Almarhumah. (Ana lupa ar-rijal au al-mar ah). Al-Fatihah untuknya.

Ok.. Ini dia resepinya.

1kg daging potong 6-8 ketul
2 sudu besar madu
1peket rempah beriyani Sernan


4 lada hijau, 4 lada merah, 10 bwg merah, 5 bwg putih, 1cm halia,


Daun pudina, daun sadri, daun bawang dan daun ketumbar ~ 3 tangkai setiap jenis
(pandai korang la.. Nak amik tangkai macamana.. Aku pun belasah)


*Semuanya dikisar. Ikut suka korang nak sekaligus blend atau satu persatu. Aku diajar satu persatu. Tapi cara memasak aku nak cepat dan efisien(jimat tenaga elektrik dan air..hahaha) aku blend daun sama daun.. Bawang sama lada halia..ikut group gambar diataslah.


Gambar diatas ni daun pudina yang dah dibuang tangkainya, madu dan telur yang sudah siap rebus dan goreng. Hmm nampak dah tinggal berapa??.. tak sempat masak beriyani dah kena 'ngap'

Ok..bab merebus

Telur ayam dan kentang(Basuh bersih kentang dan rebus dengan kulitnya)
~ikut suka masing-masing. Kalau aku 10 biji setiap satu~
Habis rebus, goreng pulak telur ayam dan kentang.

Ok bab menggoreng....
Minyak masak 3cawan
5biji bwg besar dihiris dan digoreng
5ulas bwg putih dihiris dan digoreng
Gajus digoreng
Kismis digoreng



3-4 biji tomato
1/2 botol sos tomato
Lihat gambar dibawah apa yang perlu dibuat dgn tomato ni


Cara-caranya:
1. Masukkan daging, madu, minyak masak 2cawan ( 1cawan lg buat tumis nasi), bahan-bahan kisar(ingat bahan yang dikisar banyak tu...), 2-3 sudu rempah beriani dan garam. Lebur je... Pastikan air mencukupi sbb nak masak daging dgn bahan-bahan tadi sehingga empuk. Tambah air sekiranya kering dan masak lagi sehingga empuk.




2. Dah empuk, bolehlah masukkan tomato yg dipotong nipis tadi.

3. Sos tomato dan bawang goreng diramas dengan baki rempah beriyani. ( Ini dipanggil ibu beriyani)


4. Rasa sedap ke tidak.. Kalau tak sedap pandai pandai la ye meng alter kannya.. Tambah madu ke... Tambah sos tomato ke... Atau garam. InsyaAllah kalau ikut cara yang aku bagi ni nyaaamann.

5.Last kentang dan telur.

6. Hiaskan dgn kcg peas ke..bwg goreng ke..badam, kismis dan gajus yang dah di goreng tadi.

Bab masak nasik, masak macam nasik minyak. Cuma rempah tumis bunga lawang pelaga cengkih 2 biji setiap satu dan kayu manis 1btg dikisar kering sampai halus. Kalau ada saffron gunakan untuk menggantikan pewarna kuning. Air mawar jgn lupa. Di renjis sikit setelah nasi masak. Kaut dan Letak minyak lauk beriani dalam nasi yg dah masak tadi gaul ratakan. Kalo nak tanam telur ke kentang ke daging ke dalam nasi pun boleh.





Wallahu 'alam bissawab.

posted from Bloggeroid

Monday, May 7, 2012

All Rounder Surirumahtangga ~ Bahagian 1

Siapa kata jadi FULL time housewife is an easy Job? Siapa kata jadi FULL time housewife fully stay at home? Provokasi soalan. Bukan ... Tulisan ini bukan untuk union housewives tapi sekadar berkongsi pengalaman yang ada.

For me, I do multi-tasking jobs beside the main job as a housewife tending the husband and children needs. I do the cooking.. cleaning (...err sometimes because I have amah to clean the house everyday..) I do the driving... gardening... filing (utilities bills go right into the files) librarian job ( labelling books and arranging them on the right shelves) storing old things in the store, doing the inventory things and the "joblist" goes on if the needs arise.

So now this is what I do after sending kids to school.. gardening.


Ada pokok keladi, peria katak, kacang bendi, kacang panjang, sikoi, cili, betik





Uninvited Guest come and visit the small vegetable garden M.O.N.K.E.Y inspecting what I have in the backyard garden


I arrange most of my pots plants in front of my house. The pots plants datangnya dari kawan-kawan yang nak berhijrah samada pulang ke Malaysia atau berhijrah ke negara lain. Pokok berbunga putih sebelah bunga ros jepun merah tu ..ialah bunga kucai



I love to see this flower in the morning.. Dulu pokok ini sakit diserang serangga bintik putih. Puas la aku mengubat dia. Kira kronik jugak la. Serangga ni pun menyerang pokok daun kesum aku dan pokok bunga lavender. Kronik sampai dia makan pokok tu kat pangkal akar. Senang cerita cabut je pokok tu.. serangga tu ada dlm tanah.. Tu memang tahap teruk tu.. So kena la aku buang dan tanahnya aku bakar jawabnya.. Sayang oo tanah beli 15 peket BND10 tu.. Lepas tu yang mana tak teruk penyakitnya aku sembur racun.. Ini pun ada lagi saki bakinya.. Nak sembur kena tengok cuaca..tunggu cuaca panas la baru sembur.. Tapi itu semua Kuasa Allah. Sembur pagi .... Harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Aku pasrah. ;-)


Habis gardening.. Aku buat inventori... Macam kat kedai ..kira barang dalam stor... Haa.. Aku kira barang barang lama yang teperuk dalam stor.. Antara nak lupus ke tak..kira berat jugak la nak memikir pilihannya.. Antara sayang dengan tak sayang( humban) Jangan tak tau aku kaki humban..buat menyemak mata je. Satu lagi bukan sahaja buat inventori dalam stor.. Inventori fridge pun ada.. Yang tukang simpan amah aku.. Yang tukang buang Aku.
Tak boleh la tengok banyak barang lama dalam fridge..menyemak.

Cantikkan stor aku bawah tangga?? hahaha.. Entah berapa lama boleh maintain macam ni punya cantik...

posted from Bloggeroid

Sunday, May 6, 2012

Ahmad Ziyad DAY sedunia

6 MAY 2012. Hari ni semua orang kena happy kan Ziyad. Bukannya apa.. Petang semalam kami berempat berkesempatan menonton filem _avengers_. Ziyad kena ler tinggal kat rumah dengan amah aku. Dengan perasaan bersalah semalam terbawa-bawa sampai hari esoknya, kami pun menamakan Hari Ziyad sedunia.. Sedunia tu bukannya apa.. Kitakan ada macam-macam hari sedunia.. Hari kanak - kanak sedunia laa Hari kanser payu dara sedunia laaa.. Hari Aids sedunia... dan lain-lain lagi. Kebetulan hari ini Ziyad beralih bulan. Genap la Ziyad berumur 21 bulan.


Pagi pukul 8, kami gerak ke Taman Jubli Perak Sultan Hassanal Bolkiah [TJPSHB].. Tak la jauh dari rumah kami 8 minit dah sampai. Cuaca pun agak mendung dan tak ramai orang. Aku rasa orang ramai ke pesta Hari Keluarga Brunei yang diadakan seluruh negara Brunei Darussalam. Untuk Daerah Brunei-Muara dia orang adakan di Waterfront.

Dalam perjalanan nampak pulak bendera Malaysia bekibar bersama bendera Brunei Darussalam. Selalu kalau macam ni..ada la tu orang besar datang ke sini..



Inilah rupanya TJPSHB.. Terletak bersebelahan sungai..sungai apa tak pasti .. sebenonya..kat taman ni ada jogging trek.. padang..playground...gym park.. Dll.


Dah kata hari ni hari Ziyad kann.. So everybody takes turn to make him happy. Aku mcm biasala..layan playgroun dgn dia.. Abg2 nya dan abahnya main bola dan badminton





Lepas bola..badminton.. Lepas tu ber gym.. Menarik jugak gym outdoor ni. Tak payah nk menghabiskan ratusan ringgit pergi gym. Kat sini macam2 alat ada..lepas tu fresh air lagi.. Yang bawah ni.. Kita org guna. Chest Stretch


Yang ini Irfan buat gym



Dah habiskan 1 1/2 jam..baru lah..nak balik..seronok sebab tak ramai orang dan cuaca redup jekann...



On the way balikkn.. Mesti lalu roundabout beso.. Dan takkan terlepas pemandangan

posted from Bloggeroid