Thursday, December 13, 2012

Abu Dhabi ya habibi .... (4)

Emirates Palace Hotel, Abu Dhabi

Fine Dining.
The ever Finest Dining.
Isshh.. Tak tahu lah nak describe dinner kali ni..

Alhamdulillah nikmat yang Engkau beri makanan termahal di hotel yang termahal. Adakah nikmat yang sama atau lebih lagi dapat aku rasakan di syurga Mu nanti ya Allah?

Aku ke Emirates Palace Hotel untuk makan malam yang dianjurkan oleh pihak penganjur kursus untuk malam terakhir kami di Abu Dhabi. Yang best nya spouse masing-masing boleh bawak. Alahaii..aku masalahnya ada si kecik ni..mananya aku berani tinggalkan dia dengan abang-abangnya. So one of solutions is panggil babysitter hotel. Aku pun mula la buat enquiry. Orang pilipin. 40 dirham/sejam. Kata la 5 jam mau 200dirham teruss masuk ke poket pilipin..hmmm baik aku guna buat shopping. Tapi mr.R aku setuju nak amik babysitter. Dia kata once in a lifetime dapat dinner macam ni.. Aku ni malas nak pegi. Budak-budak satu hal.. Baju pun satu hal. Dalam wardrobe aku..selama aku hidup ni.. takdenya baju ngelip sana sini. Nasib baik aku bawak jubah hitam yang aku beli kat Madinah. Kiranya presentable la kot. Aku decide bawak ziyad sekali ke dinner. Bukannya apa aku tak confident ziyad boleh ngam dgn 'org baru'. Abang-abangnya boleh jaga diri masing-masing. Tak la aku risaukan dia orang sangat. Waktu siang tu aku suruh dia orang main kat luar/swimming pool sampai penat..jadi malam tu kepenatan dia orang pun tidur awal. Paaandai mama..!! ;)

Aku ke sana naik shuttle...ramai-ramai. Ingatkan dia orang sediakan limo ke.. setiap couple..??! hehehe...melampau la kann..dah beri makan kat palace punnn banyak cekadak kan. Satu perkara pelik berlaku. Boleh pulak drebar ni sesat barat bawak kita orang. Dosa apakah kami ni..?? Kalau kat Mekah sesat barat ni maknanya ada jemaah yg berdosa. Wallahua'lam. Atau nak uji kesabaran dan kelaparan perut kami yang sedia terkosong ni. Dekat 1/2 jam shuttle kami putar-putar cari jalan. Akhirnya drebar jumpa jalan ke emirates palace.

So sampai je hotel ni securitynya agak ketat. Dah nama naik shuttle kami diturunkan ke satu tempat lapang berhadapan tangga yang besar. Takde ler merasa berhenti dan turun di main entrance hotel. Tapi bagus gak turun di tangga yang besar dan luas yang ada air pancut berlatarbelakangkan seperti gambar di bawah ni.

Inilah main entrance. Wah..segala macam kereta mewah yang tak pernah aku nampak berhenti disini. Macam ni lah gaya hidup pak arab yang kaya raya. Tak adanya aku kagum...tapi jakun kejap.

Hiasan dalamnya penuh dengan kuning keemasan. Jam dindingnya jenama rolex. Sana sini bergantung jam dinding rolex

Dari main lobby mendongak je kepalanya.Pegun jap.

ini vending machine khusus untuk orang kaya. Bukan ATM mesin yang boleh keluar duit. Ini mesin untuk orang kaya raya beli jongkong emas 24k ok..bukan emas julian lagi..emas ori..

Penat jalan nak ke restaurant kami.. Ia terletak di tingkat bawah sekali. Jauh gak. Rasanya tak ler jauh mana..banyak pit stop posing sana sini. Biar lah orang kaya kata orang kampong mana yang datang ni..jakun semacam. Lepas ni takde la peluang aku datang ke hotel ni lagi.

inilah tetamu termuda. Semuanya ni jurutera2 yang hadir. Dia bercakap berbual pun pasal minyak..korek minyak sana sini..batang paip dari kecik.sampai ke beso...kepala gerudi segala bentuk..entah segala macam lagi tools dia orang pakai yang latest model la.. Aku?? Aku pun ada gak tools..batu lesung anak lesung sudip kuali yang latest model takde lagi dalam collection.

Inilah menu untuk dinner. Ambik gambo menu pun malu malu. Dah ler lampunya kuning semua. Aku pun tak reti nak betulkan white balancenya.

ini appetizernya. Beef strip memang sedap.. Org arab kata tak masak. Aku dah habis mkn baru dia org kata tak masak. Half cook la kot..macam steak rare ler kononnya.

Soup seafood. Aku makan 3 sudu je..pastu tak lalu sbb dah kenyang. Baru je makan appetizer blom lagi main course. Wahh..kacau jadiknya.

Yang ni main course mr.R. Aku tak ingat dia order apa dalam menu tu

Yang ni aku order. Lamb. Sangat sedap dan aku tak mampu nak habiskan. Boleh aku makan sepotong je?? issk 2 potong lagi terpaksa aku abaikan.

Akhir sekali desert. Plating dia cukup surprise. Masa dihidangkan dalam mangkuk besar, dalam hati dah berbunga-bunga sebab mesti banyak desertnya. Ada hati lagi tu nak banyak. Sekali mangkuk tu diletakkan di hadapan kami..semuanya senyum simpul. Memang ler endingnya unexpected and unforgettable. Ciput je desertnya.. :D Lepas desert ada pulak kopi or tea. Ingat nak rasa kopi orang kaya. Perut aku dah tak boleh terima apa-apa walaupun ia berbentuk cecair.

Astagfirullah. Inilah padahnya bilamana orang kebanyakan 'ter'masuk dalam kehidupan orang kaya hanya untuk beberapa jam sahaja. Tapi apa pun malam ni kalau belajar grammar... Topicnya comparison superlative.. The best... the finest..the most.. The the the END.

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 11, 2012

Abu Dhabi ya habibi - (3)

FERRARI WORLD ABU DHABI

ALHAMDULILLAH. Setakat ni inilah theme park yang terrr mahal yang pernah aku pergi. Tak silap aku tiket sorang 300++ dirham lah.. Tak pulak aku bertanya dengan mr.R... Dah dia mengajak kan..aku dan anak-anak ikut je la.

Sampai je kat situ ramai jugak yang aku tengok orang beratur beli tiket. Tunggu tak lama sebab kaunter banyak dibuka. Aku sampai dalam pukul 3ptg dan tutup dalam pukul 8pm. Sini tak dibenarkan bawa masuk makanan dan air. Jadi yang takde anak kecik yang bawak bagpack memang kena check.

Inilah gaya yang jurukamera mintak kami pose setelah dapat tiket di tangan..Hehehe

Padan ler mahal..tempatnya indoor stadium berhawa dingin kecuali roller coster yang paling laju dalam dunia berada di luar stadium. Aku takde ler ingin nak naik rollercoster tu..zaman muda dah berlalu. Aku tengok je rollercoster tu..bunyi je dah gerunkan aku..bunyi macam kereta F1 memecut dengan laju.

Inilah tempat history development F1. Dapat ler tengok model kereta ferrari terawal sehingga the latest model.

Antara model yang terawal..hodoh betul ..hehehe

Model ni rupa katak..

Haa..yang ini cantikkan..

Cukup la gambar ferrari ni..Aku ni bukannya minat pun..layan je laa suami tercinta ni dengan kereta-kereta idamannya.

Sunday, November 18, 2012

Abu Dhabi .. Ya Habibi..! (2)

SABTU 19 OKTOBER 2012 - JUMAAT 25 OKTOBER 2012

Memandangkan kami anak beranak lama di Abu Dhabi, aku akan tulis blog ni ikut tempat yang aku sempat pergi dan sempat snap gambo di Abu Dhabi.

Tempat yang aku selalu pergi ialah Marina Mall . Aku agak selesa dengan mall ni walaupun jauh sikit dari hotel. Shuttle disediakan oleh pihak hotel. Tapi aku selesa ambil teksi dari naik shuttle. Why?? Nanti aku cerita kat bawah ni..

Aku pergi dengan anak-anak untuk kali kedua. Mr.r aku yang suruh aku keluar jalan-jalan dengan anak-anak. Dia takut aku boring dok dalam bilik. Apalagi kan..kepala ni dah terbayang kedai mana nak pergi. Aku ambil teksi dari hotel rasanya aku kena 80 dirham one way..banyak jugak tu..takpe boleh claimm.. Kalo tak naik teksi kenalah naik shuttle hotel FOC tapi kena beritahu in advance.
Inilah rupanya interior shuttle. Cantikkan..TAPI...., Al-kisah ada kisah disebalik shuttle ni. Petang yang kami sampai di Abu Dhabi tu..lepas check in.., simpan beg dan freshen up sikit terus kejar shuttle. 2 org kawan mr.r pun join sekali gi mall naik shuttle. Semuanya excited lebih lebih lagi budak2 ni. Aku duduk dengan ziyad. Seat aku tengah-tengah dlm bas tu. Irfan dan Zikry duduk betul-betul belakang driver. Budak 2 orang ni..bergurau senda..ketawa bising tak gheti duduk diam. Sekali mr.r sound Irfan suruh duduk belakang..just to split them. Masa tu bas dah jalan. So Irfan duduk seat depan aku. Tinggal si Zikry sorang yang masih gelak2 tak sedar diri yang abahnya tgh control nak marah. Zikry pun nak bangun ikut Irfan. Sekali dengar suara drebar tu sound. "Sit Down! I dont like this.." suaranya marah.. Hhhaaaa....amiiikk sebijik! Terdiam terus budak 2 orang tu. Aku dah tak terkata apa la..tu yang prefer naik teksi. Bukan takut drebar..tapi takut budak2 ni tak gheti dok diam lagi. Nasib baik la masa tu Ahmad Ziyad kehabisan bateri. Dia tengah minum susu. Itulah jalan bawak anak-anak..meriah.Ok habis bab kena marah drebar bas..

Sampai ler kami di Marina Mall. Sempat posing kat dataran ni..

kat dataran ni ada banyak tangga.. yang menuju masuk ke pintu mall. Masa balik time tunggu bas kerusi-kerusi kat tepi luar penuh. mr.r aku dok ler kat anak tangga.. Cannot sit on the tangga ye..security tu halau..Jaga betul imej dia orang ni.. Bagus gak dia orang jaga..tak de ler orang melepak kat tanggakan..

Misi yang pertama yang kita orang buat ialah cari kasut Ahmad Ziyad
Kasut asadi ziyad beli kat giant muar menjadi favourite dia hilang sebelah kat dubai pulak. Dah kena cari kasut kat Abu Dhabi. Jumpa la sepasang kasut yang ringan untuk dia pakai..kasut reebok.

Lepas tu kami dinner kat sini
Maaf ler gambo makanan tak snap pulak..sbb kelaparan

Kali kedua aku pergi mall ni..aku bawa budak budak ni main ice ring.

tengok ler nama kedai- kedai yang ada dalam Mall.

Irfan jatuh waktu pertama kali mencuba main ni.

Salah satu sebab aku suka mall ni ialah ada carrefour. Dah tentu aku beli roti, cheese etc.

posted from Bloggeroid

Saturday, November 10, 2012

Abu Dhabi ya habibi.. (1)

SABTU 19 OKTOBER 2012

Alhamdulillah. Selamat tiba di Abu Dhabi dalam pukul 4 petang setelah bersesak dgn beg2 dan stroller dalam satu teksi Innova. Kebetulan kwn mr.R pun numpang sama teksi. Nasib baik dia sorang. Anak isteri dia akan datang dari malaysia hari rabu nanti.

Memandangkan kami akan bermukim di Yas Island Abu Dhabi selama 6 hari aku mulakan entry dengan pemandangan hotel yang aku tinggal .... Hotel Crown Plaza .

Kelass gitu..kalo tak kerana mr.R ada kusus kat sini ...takde chan aku nak dapat tido sini.. Bilik pun dapat suite memandangkan ada askar 3 orang.

living room dan kitchenette (microwave dan fridge medium size)

Satu bilik tidur

Bilik air

Pemandangan dari bilik ni cantik..tapi sayangnya takde balcony... Bagus gak takde balcony memang sesuai untuk 3 orang askar ni..

Pemandangan ni dari angle yang lain. Subhanallah..nampak tak bangunan yg bulat macam globe tu??... jauh gak bangunan tu kalo jalan kaki..rasanya terletak tepi highway ke Abu Dhabi. Punyalah takde pokok sampai jauh nun boleh nampak bangunan ni..

Ni sudut yang lain pulak...nampak F1 circuit.. Kalo tido time ada F1 disini memang meriah. Tak dapat kami merasa peluang itu sebab F1 sini pada 1Nov ..

Ini pun masih dalam pulau Yas. Ada IKeA.. Takde pulak rasa di hati nak ke iKeA walaupun dah sangat hampir dari hotel kami kalau naik kereta tak sampai 5 minit. Bila dah balik Brunei rasa menyesal pulak tak pergi iKeA ni..

Akhir sekali hari-hari budak-budak ni layan pool dan kids clubnya.

posted from Bloggeroid