Tapi habis sahaja cuti seminggu kembali ke negara Brunei Darussalam, aku diuji. Terlalu banyak nikmat sehingga aku terlupa seketika. ALLAH masih sayangkan aku. Diberi peringatan dengan sakit perut, salah makan - diarrhea. Segala yang diisi ke dalam perut habis aku keluarkan sehingga lemah badan ini. Bukan aku sahaja tapi Zikry dan Ziyad pun kena diarrhea. 5 comforter dan bedsheet perlu aku basuh. Bukan itu sahaja baju seluar lagi. Bertambah-tambahlah kerja aku yang sudah ada sedia menunggu untuk dibasuh tambah pula dengan kain baju terkena kotoran muntah dan najis.
Nikmat Allah ~ Satu dahan mempunyai banyak buah langsat~ |
Itulah... Ujian Allah. Terlalai dan leka seketika dengan nikmat Allah, satu Peringatan Allah sampai kepadaku. Satu Kafarah untuk aku yang banyak dosa. Astagfirullah Rabbal Baraya, Asatgfirullah Minal Khataya ...
No comments:
Post a Comment