Wednesday, September 19, 2012

The thought is count..

Sebenarnya..susah juga nak translate tajuk ni ke dalam bahasa Melayu.. ke tahap bahasa aku menurun??

Apa-apa pun.. Hari ni aku sangat happy. Nak tau sebab apa?? ceritanya macam ni..

Macam biasa..tiap-tiap petang sebelum pukul 2.30pm aku dah tercegat depan pintu kelas anak aku Faiq. Tahun ni... cikgunya selalu lepaskan budak-budak ni lewat 5-10 minit. Kesian Faiq. Terkejar kejar dia ke sekolah ugama 2.45pm. Dah ler blok sekolah ugama jauh ke belakang.

Berbalik pada cerita happy.. sebaik Faiq keluar je dari kelas.. Dia terus hadiahkan aku satu gelang belah rotan yang dibelinya waktu sambutan World Peace Day tengahari tadi. Hati ni berbunga bunga bila dapat gelang tu. Ingat jugak budak ni kat mamanya. Walaupun murah tapi aku happy dan terharu sbb budak umur 7thn dah pandai menghargai orang.



Belum pun habis hati ni kembang tiba-tiba je, Faiq cakap.. " I know you will be mad at me but I have to say this.."
(Dalam hati aku...alamakk suspen betul lahh) "oo yee..what is that..?" aku tanya dia.
"Teacher wants to see you..."
(Hhaaa..ayat yg ni yg tak gemor ni...)
"Why?" suara dah mula tukar intonasi yang agak lemah lembut. Control ayu depan parents lain..
"..sbb angah bawak ipad..cikgu ambil dan simpan dalam drawer dia....." "hmmm.." Tak boleh nak kata apalah.

So..aku pun jumpa la cikgu dia dalam kelas. Cikgu dia pun cerita dari A sampai Z. Aku dengar ler cerita cikgu sorang diri. Si Faiq ni boleh pulak keluar kelas tunggu aku kat luar. Macam aku yg bersalah mengadap cikgu..bertuah betul la budak ni. Habis je cikgu ni cerita dia panggil Faiq " Faiq. Dont you walk away" Aku agak mesti dia marah Faiq. Tapi..cara dia marah lain pulak. Banyak soalan2 "What if...?" diajukan kepada Faiq.. Dan Faiq menjawab dengan baik sekali dan akhirnya burst out..Nangis ler tu tapi sikit je..

Aku marah betul dengan perangai dia ni.. Ambil ipad dlm gobok yg aku simpan tanpa minta izin. Kalau.weekend memang aku akan beri dia main ipad tapi bukan weekdays. Agaknya nafsu nak main ipad ni dah meluap luap tak tahan tunggu hari jumaat. Oleh sbb itu..Faiq kena ler puasa ipad satu minggu.

Marah aku pulak terpaksa ler simpan sebab Faiq dah terlambat ke sekolah ugama..

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 29, 2012

3 tahun berlalu..

Hari Raya tanpa dia
Tapi rasanya seolah-olah dia ada di sisi
Ke mana aku pergi
Dengan siapa aku jumpa
Pasti namanya disebut

Setiap masa aku habiskan waktu dengan mama
Baik di rumah... Di pasar... Di bilik... Di dapur..
Menyiapkan hidangan berbuka puasa dan hidangan pagi raya
Pasti Mama menyebut namanya
Aku cemburu
Dari dia hidup hinggalah sudah tiada
Nama dia di bibir mama
Itulah istimewanya dia di mata mama
Tidak pula aku salahkan mama
Itulah fitrah kasih Mama

Papa pula berlainan sekali
Tidak ada sebutan nama dia
Tidak pula bercerita tentang dia ketika hidup
Tapi aku kira dan pasti
Papa banyak menghadiahkan dia
Hadiah yang Istimewa
Bukan duit bukan kereta bukan dunia
Doa, Al-Fatihah, Surah Yasin, Solat Hadiah
Tidak putus-putus Papa mengirimnya
Itulah penyambung kasih sayang papa buat dia yg tiada

Ketika aku bertandang ke rumah ibu saudaraku
Ibu saudaraku berasa sedih ketika aku cium tangannya
Rupanya Ibu saudaraku teringatkan dia
Sungguh terasa ketiadaan dia
Waktu sanak saudara berkumpul bersuka ria
Kerana dia
Selalu ada berkumpul bersama
Gembira mencipta kenangan bersama dia
Sekarang
gembiranya sama
Bezanya dia tiada

Tahun ini
Selesai solat raya aidilfitri
Aku, suami dan anak-anak
Adik-adik aku
Papa dan Mama
Menziarahi dia
Bacaan Yasin dipimpin oleh papa
Terkadang bacaan papa tersekat seketika
Sebak terasa
Papa kuat meneruskan bacaan
Melawan perasaan

Aku teringat
Waktu terakhir
Sesudah dia disiapkan dan dipakaikan
Dengan baju yang terakhir
Wangian yang terakhir

Aku teringat
Tika papa cium dia yang kaku
Dengan lafaz Allahu Akbar
Papa tunduk cium dia
Papa kuat melawan perasaan sedih
Redha dia tiada
Namun papa tewas

Doa dibaca
Papa memimpinnya
Yang ada meng "amin" kannya
memohon pada Allah
Agar tempat tinggal dia
Menjadi salah satu taman raudhahMu

Allah Ya Allah
Aku menangis..walau 3 tahun dia tiada
Aku redha menerimanya
Dia hanyalah pinjaman
Tiba masa Engkau ambil kembali
Hak Engkau Ya Allah
Kau gantikanlah dia dengan yang lebih baik
Engkau ubati rindu kami pada dia Ya Allah
Dengan Ar-Rahman Ar-Rahim Mu Ya Allah
Amin ya Rabbal'alamin.


posted from Bloggeroid

Wednesday, June 27, 2012

Bawak banyak bersabar,

Baca dialog di bawah dan jawab soalan -soalan berikut:

Mem : Saya ada beli 2 biji pasu. Pasu tu saya nak letak dalam rumah baru.

Maid : Ibu mau tanam apa?

Mem: Pokok lidah jin yang kat tanah tu kamu tolong alihn masukkan dalam pasu baru tu.

Maid: Nanti kebanyakan pokok itu la buk..

Mem: Taklah.. Kan saya beli 2.

Mem pun masuk ke dalam rumah meninggalkan maid yang banyak jawapannya itu. Tiba tiba Mem teringat sesuatu..

Mem: Sebelum kamu tanam dalam pasu, kamu basuh dulu pasunya tu.

Maid: Nanti udah ditanam, disiram air... kotor la buk.

Mem: Saya mau letak pasu tu dalam rumah. Mestilah mau dibersihkan dulu pasu tu. Kan ada piringnya di bawah pasu tu nanti seminggu sekali kamu basuh piringnya sama pasu tu sekali.

Mem cepat cepat meninggalkan si maid sebelum darahnya naik.

Soalannya:
1) Adakah pasu baru itu dibasuh?

2)Pada pendapat anda perlukah si Maid membasuh pasu berserta piringnya yg ada dalam rumah seminggu sekali?

SEKIAN.

Sekian.

posted from Bloggeroid

Thursday, June 14, 2012

Moving Out Moving In

"Moving Out, Moving In" it is a part of our family life. Ngam ngam 1 tahun sudah pindah ke bandar terpaksa jua pindah lagi. But for this time I am not moving out far. Masih lagi di bandar. Cuma mahu pindah rumah saja.

Rumah sekarang ni baru tapi setahun tinggal kat rumah ni ada few defects nya pulak. Dari mula tinggal ada saja complain dibuat kat landlord sampaikan naik malu sendiri..bukannya apa nanti sangkaan dia kita pulak yang cerewet. I like this house..dalamnya besar tapi compound kecil..boleh la..bak kata Irfan boleh 'compensate'.

Suka dengan konsep main entrance rumah ni dgn blok grey wallnya

Actually TV area tu adalah dining area. Aku tukarkan jadi TV area sbb sebelah kiri tu dry kitchen di mana ada table top island yg boleh digunakan sebagai meja makan. Jadi sambil makan boleh ler tengok tv.


Sayangnya... Bocor pulak siling kat tv area tu. Complaint kat tuan rumah dari bulan April sampai laa ni takdak action. Aku rasa dia kena buat balik semua lantai toilet atas. Sbb kat mana ada toilet sebelah atas.. Sebelah bawahnya mesti ada kesan bocoq.


Sebelum bagi notis, aku pun mula misi mencari rumah. Hari hari dok surf kat internet.. Networking dengan agent rumah pun boleh tahan ngalahkan aku yang keje jadi agent. Contact sana sini akhirnya berkenan kat satu rumah ni kat area Ber**. Rumah baru cuma bekas owner duduk kejap situ kononnya feng shui bagus la kan.. Rumah ni kecil dalamnya tapi selesa yang aku bekenan value added nya ada fish pond and compound utk budak2 main.

Tapi sayangnya.. ada T&C yang kami tak setuju dan pihak satu lagi pun tak nk keluarkan klausa tersebut. Haanginn je la kan.. Sbb dah excited dengan rumah ni. Dapat tahu yang dia tak setuju pun lepas 12 hari kami pulang bercuti. Notis keluar rumah dah bagi pulak tu sbb confident dapat rumah kolam ikan ni.

Pressure Pressure.. Sampai sahaja Brunei...menggelabah cari rumah tinggal 2-3 minggu je lagi ni. Abah dah panas semacam.. semua tak kena..Mama cool je.. Tapi dlm hati siapa yang tahu otak ni berpinor memikirkan rumah.

Dalam banyak banyak owner rumah yang aku jumpa semuanya bangsa cheyenunalip cuma satu je mimlamalipyawau tapi orang ni memang mimlamalipyawau yang betul2 kap alipyaalip. Bagus la aku cukup suka jumpa dengan orang ni pandai mcm bangsa satu lagi dan bersyukur dengan nikmat kekayaan yg Allah beri. Tak de la pulak aku ambil gambar rumahnya.. Rumah banglo baru tapi kawasannya kecik je..furnishingnya semua kelas. Sewanya sama macam rumah aku sekarang semiD. Itulah aku masih belum buat keputusan nak sewa rumah ni..sebab aku ada pilihan lain yang siap facilities gym and swimming pool.

Looks like I am the one yang agent rumah pulak..mari kita jamu mata dengan melihat rumah-rumah contoh di bawah.








Yang terakhir gambar ni rumahnya besar dan cantik bung-ga-lo lahh katakan. Siap ada swimming pool lagi. Bukannya aku pegi tengok rumah tu saja saja ambil gambar rumah ni maaanaa laaaa tau kann..??!! :)

posted from Bloggeroid

Friday, May 25, 2012

Chocolate Chip Cookies special untuk Kak Huda


Resepi cookies ni mudah dan senang.. Cuma rajin dengan tak rajin je. Bahan-bahan selalunya memang sentiasa ada dalam stok di rumah.

Bahan-bahan:
1/2 cup salted butter
1/4 cup brown sugar
1cup flour
3/4 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon vanilla essence
1cup choc chip

Cara-caranya:
1. Panaskan oven 160°C
2. Ayak tepung sama baking soda
3. Pukul butter dan brown sugar dan vanilla essence sampai berkrim
4. Masukkan bahan yang telah diayak. Masukkan choc chip.

5. Sudukan adunan tadi dengan menggunakan separuh sudu kecil dan letakkan dengan jarak 1.5-2 inch dalam baking sheet.
6. Bakar 20 minit (tapi saya tambah 10 minit lagi sebab saya suka garing krak kruk bila makan & bergantung pada oven masing2)
7. Sejukkan atas wire rack.

PERINGATAN: Resepi ini tidak sesuai untuk rakyat jelata yang ramai sebab hasilnya TIDAK MUAI.

 INILAH hasilnya. Saya ada 2 cookie monster dalam rumah dengan hanya SEKALI hadap je gerenti licin.
posted from Bloggeroid