Friday, December 20, 2013

Nasi Kuning Indonesia

Setiap malam sebelum waktu tidur mesti fikir apa lah nak masak untuk breakfast.

Bila idea tak timbul timbul maka aku "sub" masakan sarapan ni kat amah aku. Dia tanya aku..aku pernah makan tak nasi kuning.. Aku jawab tak pernah...so, dia pun mem promo nasi kuning Indonesia. Ok la..sounds interesting. Ok la..masak nasi kuning untuk sarapan.

Inilah rupanya Nasi Kuning Indonesia

Rasanya tak jauh beza sebijik macam nasi Lemak..cuma nasi tu masak dengan kunyit. Yang paling sedap sambal tempe ikan bilis..krak kruk krak kruk.. Resepi?? Tak perlulah..sama.je macam masak nasi lemak. Sambal tempe ikam bilis pulak..masak macam sambal kemudian apabila sambal dah sejuk makanya campur je bilis goreng dan tempe goreng...

Otak-otak

Teringat zaman dulu dulu....

Zaman sekolah rendah. 30 tahun yang dulu. Masa zaman ni la pertama kali aku makan otak-otak yg dijual di kantin sekolah.

Di sekolah kami ada dua kantin. Satu kantin Melayu dan satu lagi kantin Cina. Hanya kantin Cina sahaja yang menjual otak-otak. Kebetulan pulak mama mengajar dalam kawasan satu sekolah. Ketika itu aku bersekolah di sekolah rendah manakala mama mengajar di sekolah menengah. Jadi setiap kali otak-otak ada dijual, mama mesti membelinya untuk aku. Untung aku mama mengajar dalam sekolah yang sama. Setiap kali waktu rehat, aku beli makanan kantin tanpa duit. Sebut je nama Puan Zaleha orang kantin tu tahu. Cukup bulan mama bayar duit kantin tu. Hahaha..Melarat larat pulak bercerita apabila singkap semula cerita lama.

Berbalik pada tajuk kat atas tu... aku memang selalu buat otak-otak. Anak-anak aku suka makan otak-otak. Abahnya pun suka makan otak-otak tapi dia suka yg dijual di kampong Melayu Majidi. Masing masing punya tekak kan..tak boleh paksa kan... Tapi tiap kali aku buat otak-otak...banyak gak dia bedal. Apapun otak-otak yang aku buat agak lembap...moist gitu mungkin faktor daun agaknya.

Macam mana nak buat otak-otak. Senang je... Bahan-bahan untuk otak-otak ialah:

Isi ikan Tenggiri
Udang basah
Bawang Merah
Bawang Putih
Lada Merah
Kunyit hidup
Air asam
Santan
Garam
Gula
*Kesemua bahan di blend sehingga ia jadi pes
* Kemudian ambil pes tu sesudu dua dan bolehlah dibungkus dengan daun pisang. (Selalu orang bungkus dengan daun kelapa. Disebabkan pokok kelapa tu tinggi dan tak ada jual dipasar jadinya pakai daun pisang je)

(Sebenonya ada lagi gambo langkah demi langkah...sekali tengah publishing tangan ni gatal pulak pegi gallery picture and delete gambo cara-cara buat otak-otak. Adohaiii takde rezeki nampaknya)

(Teknikal problem. Penat menekan punat kekunci ni..sekali nak post..errrr bukan sekali..banyak kali dan result nya Fail. So, download blogger apps pulak..setting photo nya lain..dah la...times up. Nak buat minum petang pulak. Apa yang ada je la post dulu..)

Thursday, December 13, 2012

Abu Dhabi ya habibi .... (4)

Emirates Palace Hotel, Abu Dhabi

Fine Dining.
The ever Finest Dining.
Isshh.. Tak tahu lah nak describe dinner kali ni..

Alhamdulillah nikmat yang Engkau beri makanan termahal di hotel yang termahal. Adakah nikmat yang sama atau lebih lagi dapat aku rasakan di syurga Mu nanti ya Allah?

Aku ke Emirates Palace Hotel untuk makan malam yang dianjurkan oleh pihak penganjur kursus untuk malam terakhir kami di Abu Dhabi. Yang best nya spouse masing-masing boleh bawak. Alahaii..aku masalahnya ada si kecik ni..mananya aku berani tinggalkan dia dengan abang-abangnya. So one of solutions is panggil babysitter hotel. Aku pun mula la buat enquiry. Orang pilipin. 40 dirham/sejam. Kata la 5 jam mau 200dirham teruss masuk ke poket pilipin..hmmm baik aku guna buat shopping. Tapi mr.R aku setuju nak amik babysitter. Dia kata once in a lifetime dapat dinner macam ni.. Aku ni malas nak pegi. Budak-budak satu hal.. Baju pun satu hal. Dalam wardrobe aku..selama aku hidup ni.. takdenya baju ngelip sana sini. Nasib baik aku bawak jubah hitam yang aku beli kat Madinah. Kiranya presentable la kot. Aku decide bawak ziyad sekali ke dinner. Bukannya apa aku tak confident ziyad boleh ngam dgn 'org baru'. Abang-abangnya boleh jaga diri masing-masing. Tak la aku risaukan dia orang sangat. Waktu siang tu aku suruh dia orang main kat luar/swimming pool sampai penat..jadi malam tu kepenatan dia orang pun tidur awal. Paaandai mama..!! ;)

Aku ke sana naik shuttle...ramai-ramai. Ingatkan dia orang sediakan limo ke.. setiap couple..??! hehehe...melampau la kann..dah beri makan kat palace punnn banyak cekadak kan. Satu perkara pelik berlaku. Boleh pulak drebar ni sesat barat bawak kita orang. Dosa apakah kami ni..?? Kalau kat Mekah sesat barat ni maknanya ada jemaah yg berdosa. Wallahua'lam. Atau nak uji kesabaran dan kelaparan perut kami yang sedia terkosong ni. Dekat 1/2 jam shuttle kami putar-putar cari jalan. Akhirnya drebar jumpa jalan ke emirates palace.

So sampai je hotel ni securitynya agak ketat. Dah nama naik shuttle kami diturunkan ke satu tempat lapang berhadapan tangga yang besar. Takde ler merasa berhenti dan turun di main entrance hotel. Tapi bagus gak turun di tangga yang besar dan luas yang ada air pancut berlatarbelakangkan seperti gambar di bawah ni.

Inilah main entrance. Wah..segala macam kereta mewah yang tak pernah aku nampak berhenti disini. Macam ni lah gaya hidup pak arab yang kaya raya. Tak adanya aku kagum...tapi jakun kejap.

Hiasan dalamnya penuh dengan kuning keemasan. Jam dindingnya jenama rolex. Sana sini bergantung jam dinding rolex

Dari main lobby mendongak je kepalanya.Pegun jap.

ini vending machine khusus untuk orang kaya. Bukan ATM mesin yang boleh keluar duit. Ini mesin untuk orang kaya raya beli jongkong emas 24k ok..bukan emas julian lagi..emas ori..

Penat jalan nak ke restaurant kami.. Ia terletak di tingkat bawah sekali. Jauh gak. Rasanya tak ler jauh mana..banyak pit stop posing sana sini. Biar lah orang kaya kata orang kampong mana yang datang ni..jakun semacam. Lepas ni takde la peluang aku datang ke hotel ni lagi.

inilah tetamu termuda. Semuanya ni jurutera2 yang hadir. Dia bercakap berbual pun pasal minyak..korek minyak sana sini..batang paip dari kecik.sampai ke beso...kepala gerudi segala bentuk..entah segala macam lagi tools dia orang pakai yang latest model la.. Aku?? Aku pun ada gak tools..batu lesung anak lesung sudip kuali yang latest model takde lagi dalam collection.

Inilah menu untuk dinner. Ambik gambo menu pun malu malu. Dah ler lampunya kuning semua. Aku pun tak reti nak betulkan white balancenya.

ini appetizernya. Beef strip memang sedap.. Org arab kata tak masak. Aku dah habis mkn baru dia org kata tak masak. Half cook la kot..macam steak rare ler kononnya.

Soup seafood. Aku makan 3 sudu je..pastu tak lalu sbb dah kenyang. Baru je makan appetizer blom lagi main course. Wahh..kacau jadiknya.

Yang ni main course mr.R. Aku tak ingat dia order apa dalam menu tu

Yang ni aku order. Lamb. Sangat sedap dan aku tak mampu nak habiskan. Boleh aku makan sepotong je?? issk 2 potong lagi terpaksa aku abaikan.

Akhir sekali desert. Plating dia cukup surprise. Masa dihidangkan dalam mangkuk besar, dalam hati dah berbunga-bunga sebab mesti banyak desertnya. Ada hati lagi tu nak banyak. Sekali mangkuk tu diletakkan di hadapan kami..semuanya senyum simpul. Memang ler endingnya unexpected and unforgettable. Ciput je desertnya.. :D Lepas desert ada pulak kopi or tea. Ingat nak rasa kopi orang kaya. Perut aku dah tak boleh terima apa-apa walaupun ia berbentuk cecair.

Astagfirullah. Inilah padahnya bilamana orang kebanyakan 'ter'masuk dalam kehidupan orang kaya hanya untuk beberapa jam sahaja. Tapi apa pun malam ni kalau belajar grammar... Topicnya comparison superlative.. The best... the finest..the most.. The the the END.

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 11, 2012

Abu Dhabi ya habibi - (3)

FERRARI WORLD ABU DHABI

ALHAMDULILLAH. Setakat ni inilah theme park yang terrr mahal yang pernah aku pergi. Tak silap aku tiket sorang 300++ dirham lah.. Tak pulak aku bertanya dengan mr.R... Dah dia mengajak kan..aku dan anak-anak ikut je la.

Sampai je kat situ ramai jugak yang aku tengok orang beratur beli tiket. Tunggu tak lama sebab kaunter banyak dibuka. Aku sampai dalam pukul 3ptg dan tutup dalam pukul 8pm. Sini tak dibenarkan bawa masuk makanan dan air. Jadi yang takde anak kecik yang bawak bagpack memang kena check.

Inilah gaya yang jurukamera mintak kami pose setelah dapat tiket di tangan..Hehehe

Padan ler mahal..tempatnya indoor stadium berhawa dingin kecuali roller coster yang paling laju dalam dunia berada di luar stadium. Aku takde ler ingin nak naik rollercoster tu..zaman muda dah berlalu. Aku tengok je rollercoster tu..bunyi je dah gerunkan aku..bunyi macam kereta F1 memecut dengan laju.

Inilah tempat history development F1. Dapat ler tengok model kereta ferrari terawal sehingga the latest model.

Antara model yang terawal..hodoh betul ..hehehe

Model ni rupa katak..

Haa..yang ini cantikkan..

Cukup la gambar ferrari ni..Aku ni bukannya minat pun..layan je laa suami tercinta ni dengan kereta-kereta idamannya.

posted from Bloggeroid