Teringat zaman dulu dulu....
Zaman sekolah rendah. 30 tahun yang dulu. Masa zaman ni la pertama kali aku makan otak-otak yg dijual di kantin sekolah.
Di sekolah kami ada dua kantin. Satu kantin Melayu dan satu lagi kantin Cina. Hanya kantin Cina sahaja yang menjual otak-otak. Kebetulan pulak mama mengajar dalam kawasan satu sekolah. Ketika itu aku bersekolah di sekolah rendah manakala mama mengajar di sekolah menengah. Jadi setiap kali otak-otak ada dijual, mama mesti membelinya untuk aku. Untung aku mama mengajar dalam sekolah yang sama. Setiap kali waktu rehat, aku beli makanan kantin tanpa duit. Sebut je nama Puan Zaleha orang kantin tu tahu. Cukup bulan mama bayar duit kantin tu. Hahaha..Melarat larat pulak bercerita apabila singkap semula cerita lama.
Berbalik pada tajuk kat atas tu... aku memang selalu buat otak-otak. Anak-anak aku suka makan otak-otak. Abahnya pun suka makan otak-otak tapi dia suka yg dijual di kampong Melayu Majidi. Masing masing punya tekak kan..tak boleh paksa kan... Tapi tiap kali aku buat otak-otak...banyak gak dia bedal. Apapun otak-otak yang aku buat agak lembap...moist gitu mungkin faktor daun agaknya.
Macam mana nak buat otak-otak. Senang je... Bahan-bahan untuk otak-otak ialah:
Isi ikan Tenggiri
Udang basah
Bawang Merah
Bawang Putih
Lada Merah
Kunyit hidup
Air asam
Santan
Garam
Gula
*Kesemua bahan di blend sehingga ia jadi pes
* Kemudian ambil pes tu sesudu dua dan bolehlah dibungkus dengan daun pisang. (Selalu orang bungkus dengan daun kelapa. Disebabkan pokok kelapa tu tinggi dan tak ada jual dipasar jadinya pakai daun pisang je)
(Sebenonya ada lagi gambo langkah demi langkah...sekali tengah publishing tangan ni gatal pulak pegi gallery picture and delete gambo cara-cara buat otak-otak. Adohaiii takde rezeki nampaknya)
(Teknikal problem. Penat menekan punat kekunci ni..sekali nak post..errrr bukan sekali..banyak kali dan result nya Fail. So, download blogger apps pulak..setting photo nya lain..dah la...times up. Nak buat minum petang pulak. Apa yang ada je la post dulu..)
No comments:
Post a Comment