Wednesday, October 24, 2012

"Ahlan wa Sahlan"~Dubai~(2)

Bismillah.
Selama 40minit kami menunggu kebenaran untuk mendarat di lapangan terbang Dubai. Sibuk betul lapangan terbang ni walaupun jam dah pukul 12.30am memang tak ada tanda-tanda nak tidor orang-orang ni.

Anak2 semuanya pengsan. Aku pulak dok menyusun strategi dalam kepala nak turun dari kapal terbang tanpa mr.R. Handluggage Bag simpan dlm kabin atas.. dengan kekurangan tinggi aku ni..kalo tonjet pun masih tak sampai..hahaha..setakat simpan atas boleh tapi nak bukak tu agak terkial kial..terpaksa la..aku mintak tolong mamat melayu ni duduk belakang aku.

Nasib baik senang kejut si abang long ni.. Si angah pulak payah..masih lagi mamai lagi. Handluggage aku ... Aku serahkan pada along. Ziyad aku dokong sebelah tangan kanan..sebelah kiri pulak aku dok pimpin Angah yang masih mamai. Nasib baik keluar je pintu kapal mr.R dah tunggu aku. Aku pun pas 'baton' kanan aku kat dia. Fuhh lega..

Ramai giler orang kat airport ni.. Time nak cop pasport beratur panjang walaupun byk kaunter yang dibuka. Mula-mula aku beratur kat lane foreign pasport.. Lepas tu pak arab ni suruh aku masuk lane GCC lane (Gulf Countries C...??). Kita org ni pun ikut ler tanpa byk cerita.. Bila dah sampai giliran kita orang..ada pak arab pakai baju askar pulak suruh kami pindah lane..masuk lane special need.. Ler..agaknya pak arab yg mula-mula tu ingatkan aku ni org arab lah.. Hidung dah ada rupa dah..baju pakai abaya hitam dah...dua kali tengok terus cancel..mak arab celop rupanya..hehehe.. Pindah lane lagi..

Setelah selesai semuanya aku pun pergi amik beg-beg baju. Alhamdulillah semuanya ada..sekarang cari orang yang menjemput kita orang. Keluar je pintu ketibaan ramai betul orang.. Orang India.. Ingatkan tersalah negara.. Negara Delhi. Jangan tak tahu ramai betul pendatang India yang bekerja di Dubai.

Cari punya cari orang yang pegang kertas nama mr.R. tak ada sorang pun. Sekali ada ler orang india ni tegur. Naik ler kita orang van. Sebab ada satu lg family India dari Brunei pun tinggal hotel yang sama.

Aduhai..van pun jalan..macam nak giler drebar ni bawak...Aku dah ler mengantuk...letih.. Hilang segalanya. Asal corner je..asal break je..tangan aku mencari tempat untuk bertahan. Dah lah tu..sebelah tangan je. Sebelah lagi dok pegang ziyad. Memang betullah drebar ni.. Stress dibuatnya.

Sampai je bilik hotel..rasa lapar sangat. Mana taknya breakfast time di Brunei. Ada la 3ketul ayam KFC dan nasi KFC dgn mashed potato dan roti supasave dalam handluggage. Aku panaskan dlm microwave. Kami pun makan. Selesai je makan kami pun tido...

Inikah rupanya hotel yang kami.duduk memang puas hati.. Hotel lotus downtown metro apartment.


Masuk-masuk je inilah living room dan dining room. Ada Tv, sofa..balkoni, guest toilet and dining table. Tempat sidai baju pun ada bilik kecik.


Ni dapornya..luas memang puas hati. Bila aku washing machine ni aku teringat masa aku dok kat Oman. Sabun baju ada aku bawa dari Brunei..boleh basuh baju... Selain dari tu ada toaster, stove, oven, microwave, kettle & fridge..


Master bedroom


Bilik budak-budak.. Tv ada 3.. hm.. Tapinya bukan sangat tengok tv. Budak-budak ni pun frust ..apa taknya bahasa arab mana nak paham

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. hahaha sama la wei masa kami landing kat oman. aku kata sah dah pilot ni salah landing. kita orang saja non-india! bukan non-arab, non-india!

    ReplyDelete
  2. mendarat kat airport doha pon gitu gaaakk...

    ReplyDelete