Friday, August 26, 2011

Hijrah kali Ketiga buat kami sekeluarga


Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian 'Alam. Syukur Alhamdulillah, Hijrah kami kali ketiga membawa kami ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, 1 1/2 jam perjalanan dari daerah Kuala Belait, Brunei Darusslam. Tidak lah jauh pun seperti sahabat-sahabat yang lain. Ada yang pergi ke Perth, Australia, ada yang pergi ke Qatar, Oman, Saudi. Yang pasti semuanya telah mengembangkan sayap mereka pergi jauh setelah bertapak di bumi Kuala Belait ini untuk sekian lama (4-5 tahun). Mudah-mudahan, masih ada tempat buat kami sekeluarga untuk menumpang mencari rezeki di bumi yang bertuah ini, Negara Brunei Darussalam. Insya Allah.

Kami masih menyesuaikan diri dengan tempat baru walau dalam negara sama. MasyaAllah. Allah ciptakan Manusia pelbagai ragam dan kerenah dalam sesebuah negara tu sendiri. Betapa indahNya Ciptaan Allah!

Hari bersejarah 5 JULAI 2011.
Itulah hari kami berhijrah. Packers datang tepat masa yg dijanjikan. 8.30 pagi mulanya proses packing barang2 ke kotak.

Barang living room

Carpets yang kami beli semasa di Oman.

Baju-baju lama, toys, etc..

Barang-barang dapur

Sebahagian barang-barang dalam bilik Anak-anak


Dan berakhir pada pukul 10.30 pagi. Selepas itu, packers cuma mengambil masa 30 minit untuk memasukkan barang barang ke dalam lori. Cepat dan Efisyien sekali.







Selamat Tinggal rumah sewa yang banyak kenangan manis didalamnya. Selamat Tinggal Kuala Belait yang damai dan permai.............

5 Tahun yang lepas kami menyewa dirumah ini

Jalan Setia Pahlawan, Kuala Belait ~ Memory Lane~